15th September, 2009

Penghargaan

Kami ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada guru Geografi kami iaitu Pn. Yap Phaik Yan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang penulisan blog ini.  Di samping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan kami atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

  Tambahan pula, komen- komen para pembaca blog ini amat kami hargai. Kami ingin menyampaikan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang memberi komen. Kami akan berusaha  menambahkan lebih banyak maklumat daripada yang terdapat dalam buku teks.

  Seperkara lagi, kami berharap blog kami ini dapat mendatangkan faedah dan kemudahan kepada para pelajar. Sekian, terima kasih.

Posted at 12:31 am | Comment (0)

15th September, 2009

Peta Minda

peta4.JPG

Posted at 12:30 am | Comment (0)

15th September, 2009

Soalan Ulang Kaji

1. Ribut pasir di gurun dipanggil_____.
A. Monsun
B. Andhi
C. Kunds
D. Oasis

2. Pernyataan yang manakah menerangkan ciri utama di kawasan gurun thar?
A. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.
B. Iklim yang sejuk dan kering sepanjang tahun.
C. Iklim yang sejuk dan lembap sepanjang tahun.
D. Iklim yang panas dan kering sepanjang tahun.

3. Gurun merupakan kawasan yang___.
A. Berhutan tebal
B. Berair
C. Bergunung-gunung
D. Gersang

4. Manakah antara berikut SALAH mengenai tumbuh-tumbuhan di kawasan gurun?
A. Berduri
B. Berakar panjang
C. Berdaun lebat
D. Berkulit tebal

5. Gurun Thar berbeza daripada gurun panas lain dari segi
A. Kepadatan penduduk
B. Hujan yang sedikit
C. Terdapat banyak kaktus dan tumbuh-tumbuhan
D. Iklim yan kering

desert.jpg

gurun.jpg

Jawapan:
1. B
2. D
3. C
4. C
5. A

Posted at 12:28 am | Comment (0)

12th September, 2009

Perbandingan Antara Iklim di Bangladesh dengan Iklim di Malaysia

Iklim di Bangladesh (Iklim Monsun Tropika)

Iklim di Malaysia (Iklim Khatulistiwa)
– dingin dan kering (musim sejuk)
– panas dan kering (musim panas)
– panas dan lembap sepanjang tahun
– julat suhu tahunan besar – julat suhu tahunan kecil
– pengedaran hujan bermusim – berhujan sepanjang tahun
– hujan tahunan tinggi (1800 mm) – hujan tahunan tinggi (2600 mm)

– menjalankan kegiatan pertanian hanya pada musim monsoon hujan (Jun-Oktober)

– tidak menanam padi pada musim sejuk kering (November- Februari)

– dapat menjalankan kegiatan pertanian sepanjang tahun

– kesejukan dan kepanasan yang hampir melampau menyebabkan penduduk berubah- ubah kegiatan sara hidup mengikut musim

Exp: Menjalankan kegiatan pertanian pada Jun- Oktober, menangkap ikan pada November- Februari

– kebanyakan penduduk hanya menjalankan satu kegiatan exp (pertanian, pembalakan, perikanan) bagi menyara hidup.
– sering dilandai banjir apabila musim monsoon hujan – tidak sering berlaku hujan ribut yang melampau
– lebih banyak berlakunya krisis air pada musim panas – jarang menempuhi masalah sedemikian

Posted at 8:46 pm | Comment (0)

12th September, 2009

Iklim Monsun Tropika, Savana/Sudan

Ciri-ciri monsun tropika:

-kering dengan keturunan hujan yang rendah:

-dingin dan kering (musim sejuk)

-panas dan kering (musim panas)

-musim hujan dengan hujan lebat sangat

-suhu tahunan yang tinggi (kira-kira 260C)

-pengedaran hujan bermusim

-hujan tahunan tinggi (lebih daripada 1800 mm)

-kelembapan tinggi

Kawasan Beriklim Monsun Tropika dan Iklim Savana/Sudan: Bangladesh,
Myanmar


Bangladesh mempunyai tiga musim-musim berbeza:

-Panas dan kering sebelum monsun musim, dari Mac hingga Mei

-Musim monsun hujan, dari Jun hingga Oktober

-Ketenangan dan musim sejuk kering, dari November hingga Februari.

-Musim-musim bagi Bangladesh mengawal ekonominya, komunikasi-komunikasi, perdagangan dan perdagangan, seni dan budaya dan, sebenarnya,
gaya hidup keseluruhan orang ramai.

-Pengaruh iklim monsun tropika jelas membuktikan, semasa musim hujan dan ketenangan di
Bangladesh, itulah musim sejuk kering.

Ciri-ciri panas dan kering sebelum musim monsun ialah:

– ketinggian suhu

– kejadian hujan ribut.

April biasanya adalah bulan yang paling hangat dalam negara itu. Selepas bulan April, litupan awan bertambah merendahkan suhu. Arah angin berubah dari semasa ke semasa dalam musim ini, terutama semasa bahagian terdahulunya. Hujan yang mengambil tempat semasa kali ini menjelaskan 10 untuk 25 peratus jumlah tahunan. Hujan ini adalah disebabkan oleh hujan ribut.

Ciri-ciri bagi musim monsun hujan ialah:

– kelembapan yang sangat tinggi

– hujan lebat

– Hujan berturut- turut setiap hari 

– angina yang bertiup dari selatan ke barat daya.

Musim hujan itu bertepatan dengan monsun musim panas. 

Ciri-ciri kedinginan dan musim sejuk yang kering ialah:

– suhu yang rendah

– angin sejuk dari barat atau barat laut

– langit yang cerah

– hujan turun yang rendah.

Suhu purata pada Januari berubah daripada 170C (dalam barat laut dan timur laut negara itu), kepada 200C-210C dalam kawasan pantai itu. Suhu minimum dalam barat laut keterlaluan dalam lewat Disember dan awal Januari. Ia boleh menjadi serendah 30C ke 40C.

 -Kemarau berbeza di iklim Savana. Savana mendapat semua hujan mereka dalam bulan-bulan musim panas itu.
-Semasa kemarau berbeza satu savana, kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan itu mengecut dan mati.
-Beberapa sungai dan sungai-sungai menjemur. Kebanyakan daripada binatang-binatang itu berhijrah mencari makanan.

-Dalam musim hujan kesemua tumbuh-tumbuhan itu adalah subur dan sungai-sungai itu mengalir dengan bebas.
-Binatang-binatang itu berpindah kembali untuk merumput. Musim hujan itu bermula pada bulan Mei di kawasan Afrika Barat.
 

-Savana iklim mempunyai julat suhu 68° untuk 86° F (20° – 30° C). Dalam musim sejuk, ia biasanya adalah kira-kira 68° untuk 78° F (20° – 25° C). Dalam musim panas julat suhu daripada 78° untuk 86° F (25° – 30° C).

Contoh kawasan yang beriklim monsun tropika dan savana 

Myanmar terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa. Oleh itu Myanmar menerima iklim monsun tropika dan iklim savana, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai.

Di kawasan delata, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering/ Panas (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun.

Kawasan pesisiran pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C.Pembangunan ekonomi Myanmar amar perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49 % Myanmar masih lagi berhutan tebal. Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati.

Di Zon Kering/ Panas, sayur-sayuran banyak ditanam . Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan. Myanmar juga sama. Pertanian, penanaman dan perikanan merupakan kegiatan utama .

 180px-rice_field.jpg
Rajah 1.8 Kegiatan Pertanian Padi di Myanmar

 
Rajah 1.9 Kegiatan Perikanan di Myanmar

 
Rajah 1.10 & 1.11Kegiatan pertanian sayur- sayuran di Myanmar

 
Rajah 1.12 Jambatan di hutan tebal Myanmar 

Akibat kehujanan yang lebat, Myanmar juga sering dilanda hujan ribut dan banjir.

 
Rajah 1.13 & 1.14 Keadaan selepas mengalami hujan ribut dan banjir

 

Posted at 2:22 pm | Comment (0)

22nd July, 2009

Perbandingan Iklim dan Cara Hidup Penduduk di Gurun Thar dan Malaysia

634950t7vde8eg7v.gif

Iklim di Gurun Thar Iklim di Malaysia

Beriklim gurun yang panas dan kering

Beriklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun

Jumlah hujan sedikit

Jumlah purata hujan banyak

Julat suhu harian besar

Julat suhu kecil kerana suhu serata sepanjang tahun

Kekurangan awam menyebabkan siang panas dan malam sejuk

Kebanyakan awam adalah daripada jenis kumulorinimbus

Kadar kelembapan udara rendah

Kadar kelembapan udara melebihi 80%

Cara hidup penduduk di Gurun Thar Cara hidup penduduk di Malaysia

Terdapat penduduk secara nomad dan tetap

Penduduk tinggal menetap. Hanya sebilangan kecil petani hidup berpindah-randah

-Penduduk nomad menternak dan memburu binatang

-Penduduk yang tinggal tetap di kawasan oasis menjalankan kegitan pertanian dan penternakan

Penduduk menjalankan pelbagai kegitan ekonomi seperti berniaga, bertani, melombong, membalak dan sebagainya

Kegiatan pertanian terhad kerana cuaca panas dan kekurangan sumber air

Pertanian dijalankan secara luas dan moden

Unta dan keldai menjadi haiwan tunggangan utama

Menggunakan kenderaan bermotor seperti kereta sebagai pengangkutan

Tinggal di khemah yang dibuat daripada kulit binatang

Rumah yang moden dan besar dibina daripada simen, pasir dan kayu

250201j6ud792jqd.gif

Posted at 11:59 pm | Comment (0)

22nd July, 2009

Cara hidup Penduduk Malaysia

~Iklim di Malaysia telah mempengaruhi cara hidup penduduk.

~Kegiatan utama penduduk ialah pertanian, perikanan, pembalakan, pelancongan, perkilangan dan perlombongan.

Pertanian

~Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawait, koko, tembakau dan lada hitam.

~Hujan yang banyak dan suhu yang rendah kira-kira 18°C sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.

cameron-highlands.jpg
Rajah 1.7 Penanaman teh di Tanah Tinggi Cameron

Perikanan

~Pada musim angin monsun timur laut, nelayan tidak boleh menangkap ikan di laut. Mereka membaiki jaring dan berada di dalam rumah.

494338mkfhwpttxo.gif

Posted at 11:20 pm | Comment (0)

22nd July, 2009

Ciri-ciri iklim di Malaysia

~Malaysia adalah salah satu buah negara yang terletak di zon panas. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.

~Kawasan di dunia yang terletak antara 5o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.

~Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.

~Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana:

~Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.

~Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.

~Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.

~Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.

~Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.

~Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.

~Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

Posted at 10:28 pm | Comment (0)

21st July, 2009

Pengaruh Monsun Terhadap Cara Hidup Penduduk Gurun Thar

Musim

Tempoh

Ciri-ciri utama

Sebelum musim monsun

Pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan Jun

 ~Cuaca panas dan kering
 ~Kelembapan udara rendah
 ~Kadar sejatan tinggi
 ~Pertanian kurang atau tidak  dilakukan
 ~Penduduk membuat persediaan sebelum  kedatangan monsun seperti menggali perigi, kolam dan memperbaiki rumah

 Semasa musim monsun

Pertengahan bulan Jun hingga bulan September

 ~Hujan mula turun
 ~Tumbuhan hijau dan bunga-bungaan mula tumbuh
 ~Pertani memulakan kerja-kerja menyemai benih dan bercucuk tanam

 Selepas musim monsun

Pertengahan bulan September hingga pertengahan bulan November

 ~Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan tanaman mula bertukar warna menjadi perang kekuningan
 ~Pertani mula mengumpul hasil-hasil pertanian
 ~Makanan ternakan dan bijih bernih dikumpul dan disimpan
 ~Pembiakan kambing dan biri-biri

Jadual1.2 Pengaruh monsun terhadap cara hidup di Gurun Thar

Posted at 10:51 pm | Comment (0)

21st July, 2009

Kegiatan-kegiatan Penduduk Gurun Thar

riding-thar-desert.jpg
Rajah1.6 Penduduk Gurun Thar
 
Penduduk Gurun Thar yang berpindah-randah
 

~Kegiatan utama penduduk nomad:
(a) Menternak binatang
(b) Memburu binatang
 
~Binatang ternakan yang dipelihara ialah kambing, lembu, unta, biri-biri dan keldai. 

~Bintang ternakan menghasilkan daging, kulit, bulu dan susu. Bulu biri-biri digunakan untuk membuat permaidani dan kulit dibuat khemah..

~Orang Nomad masih menjalankan ‘penternakan pindah’ iaitu membawa ternakan mereka berpindah-randah mancari sumber air dan rumput.~Ternakan dijual kepada orang tengah di pekan berhampiran.

~Mereka turut memburu kambing gurun, arnab, dhab dan sebagainya. Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir.

~Kegiatan pertanian terhad kerana iklimnya panas, kekurangan sumber air dan tanih pasir yang tidak subur.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap
 
~Menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
 
~Mereka menaman kapas, sayur-sayuran, gandum dan bijian.

~Pertanian dijalankan di kawasan oasis secara kecil-kecilan seperti menanam kurma, kapas, gandum, sayur-sayuran dan bijian.

~Penduduk makan biji dan buah pokok khejri, kiar, kumat, kachri dan gonad dengan menyediakan hidangan yang dinamakan ‘Pack-Katta’.

~Mereka menggunakan Rumput Munja dan Karis untuk membuat ‘pulpa’.

Posted at 10:20 pm | Comment (0)