22nd July, 2009

Perbandingan Iklim dan Cara Hidup Penduduk di Gurun Thar dan Malaysia

634950t7vde8eg7v.gif

Iklim di Gurun Thar Iklim di Malaysia

Beriklim gurun yang panas dan kering

Beriklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun

Jumlah hujan sedikit

Jumlah purata hujan banyak

Julat suhu harian besar

Julat suhu kecil kerana suhu serata sepanjang tahun

Kekurangan awam menyebabkan siang panas dan malam sejuk

Kebanyakan awam adalah daripada jenis kumulorinimbus

Kadar kelembapan udara rendah

Kadar kelembapan udara melebihi 80%

Cara hidup penduduk di Gurun Thar Cara hidup penduduk di Malaysia

Terdapat penduduk secara nomad dan tetap

Penduduk tinggal menetap. Hanya sebilangan kecil petani hidup berpindah-randah

-Penduduk nomad menternak dan memburu binatang

-Penduduk yang tinggal tetap di kawasan oasis menjalankan kegitan pertanian dan penternakan

Penduduk menjalankan pelbagai kegitan ekonomi seperti berniaga, bertani, melombong, membalak dan sebagainya

Kegiatan pertanian terhad kerana cuaca panas dan kekurangan sumber air

Pertanian dijalankan secara luas dan moden

Unta dan keldai menjadi haiwan tunggangan utama

Menggunakan kenderaan bermotor seperti kereta sebagai pengangkutan

Tinggal di khemah yang dibuat daripada kulit binatang

Rumah yang moden dan besar dibina daripada simen, pasir dan kayu

250201j6ud792jqd.gif

Posted at 11:59 pm | Comment (0)

22nd July, 2009

Cara hidup Penduduk Malaysia

~Iklim di Malaysia telah mempengaruhi cara hidup penduduk.

~Kegiatan utama penduduk ialah pertanian, perikanan, pembalakan, pelancongan, perkilangan dan perlombongan.

Pertanian

~Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawait, koko, tembakau dan lada hitam.

~Hujan yang banyak dan suhu yang rendah kira-kira 18°C sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.

cameron-highlands.jpg
Rajah 1.7 Penanaman teh di Tanah Tinggi Cameron

Perikanan

~Pada musim angin monsun timur laut, nelayan tidak boleh menangkap ikan di laut. Mereka membaiki jaring dan berada di dalam rumah.

494338mkfhwpttxo.gif

Posted at 11:20 pm | Comment (0)

22nd July, 2009

Ciri-ciri iklim di Malaysia

~Malaysia adalah salah satu buah negara yang terletak di zon panas. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.

~Kawasan di dunia yang terletak antara 5o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.

~Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.

~Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana:

~Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.

~Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.

~Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.

~Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.

~Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.

~Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.

~Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

Posted at 10:28 pm | Comment (0)

21st July, 2009

Pengaruh Monsun Terhadap Cara Hidup Penduduk Gurun Thar

Musim

Tempoh

Ciri-ciri utama

Sebelum musim monsun

Pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan Jun

 ~Cuaca panas dan kering
 ~Kelembapan udara rendah
 ~Kadar sejatan tinggi
 ~Pertanian kurang atau tidak  dilakukan
 ~Penduduk membuat persediaan sebelum  kedatangan monsun seperti menggali perigi, kolam dan memperbaiki rumah

 Semasa musim monsun

Pertengahan bulan Jun hingga bulan September

 ~Hujan mula turun
 ~Tumbuhan hijau dan bunga-bungaan mula tumbuh
 ~Pertani memulakan kerja-kerja menyemai benih dan bercucuk tanam

 Selepas musim monsun

Pertengahan bulan September hingga pertengahan bulan November

 ~Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan tanaman mula bertukar warna menjadi perang kekuningan
 ~Pertani mula mengumpul hasil-hasil pertanian
 ~Makanan ternakan dan bijih bernih dikumpul dan disimpan
 ~Pembiakan kambing dan biri-biri

Jadual1.2 Pengaruh monsun terhadap cara hidup di Gurun Thar

Posted at 10:51 pm | Comment (0)

21st July, 2009

Kegiatan-kegiatan Penduduk Gurun Thar

riding-thar-desert.jpg
Rajah1.6 Penduduk Gurun Thar
 
Penduduk Gurun Thar yang berpindah-randah
 

~Kegiatan utama penduduk nomad:
(a) Menternak binatang
(b) Memburu binatang
 
~Binatang ternakan yang dipelihara ialah kambing, lembu, unta, biri-biri dan keldai. 

~Bintang ternakan menghasilkan daging, kulit, bulu dan susu. Bulu biri-biri digunakan untuk membuat permaidani dan kulit dibuat khemah..

~Orang Nomad masih menjalankan ‘penternakan pindah’ iaitu membawa ternakan mereka berpindah-randah mancari sumber air dan rumput.~Ternakan dijual kepada orang tengah di pekan berhampiran.

~Mereka turut memburu kambing gurun, arnab, dhab dan sebagainya. Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir.

~Kegiatan pertanian terhad kerana iklimnya panas, kekurangan sumber air dan tanih pasir yang tidak subur.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap
 
~Menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
 
~Mereka menaman kapas, sayur-sayuran, gandum dan bijian.

~Pertanian dijalankan di kawasan oasis secara kecil-kecilan seperti menanam kurma, kapas, gandum, sayur-sayuran dan bijian.

~Penduduk makan biji dan buah pokok khejri, kiar, kumat, kachri dan gonad dengan menyediakan hidangan yang dinamakan ‘Pack-Katta’.

~Mereka menggunakan Rumput Munja dan Karis untuk membuat ‘pulpa’.

Posted at 10:20 pm | Comment (0)

12th July, 2009

Ciri-ciri Penduduk Gurun Thar

leaves.gif
~Penduduk jarang di Gurun Thar kerana iklim yang kering dan melampau.
 
~Sesetengah penduduk yang menetap di Gurun Thar ialah orang nomad, manakala yang lain tinggal tetap di kawasan oasis.

~Kebanyakan orang nomad merupakan kaum yang hidup berpindah-randah dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat.

Penduduk Thar yang hidup berpindah-randah

~Mereka tinggal di dalam khemah yang dibuat daripada kulit binatang supaya mudah untuk berpindah-randah, terutamanya jika berlaku ribut pasir.

~Apabila ribut, mereka akan berlindung di sebalik bukit atau batu besar.

~Penduduk nomad turut membina kediaman mudah yang diperbuat daripada jerami dan dahan kayu.

~Unta dan keldai menjadi binatang tunggangan dan pengangkutan utama di padang pasir.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap

~Mereka mendirikan petempatan kekal di Gurun Thar.

~Mereka tinggal berkelompok di kawasan oasis. Kawasan oasis merupakan kawasan yang mempunyai sumber air di gurun.

~Rumah-rumah dibina daripada tanih liat yang tebal bertujuan menyedarhanakan suhu yang melampau. ~Kawasan oasis penting kerana:
(a) Menjadi pusat petempatan penduduk
(b) Membekalkan air minuman untuk penduduk dan ternakan
(c) Sumber air mengairi kawasan tanaman
(d) Kawasan pertanian


~Hujan yang turun sekali-sekala akan ditakung di dalam tangki atau empangan.
~Tangki di bawah tanah dinama ‘Kundis’ atau ‘Kunds’.~Terdapat Terusan Rajastan yang mengairi kawasan barat daya Gurun Thar, manakala Sungai Indus mengairi kawasan selatan Gurun Thar.

unta.jpg
Rajah 1.4 Orang nomad dan unta

thar_desert_house.jpg
Rajah1.5 Tempat tinggal orang nomad yang berada di kawasan oasis

Posted at 2:04 pm | Comment (0)

11th July, 2009

Ciri-ciri Gurun Thar

Gurun Thar (Iklim Gurun Panas)

824595vgem2zpoof.gif

-Iklim panas dan kering sepanjang tahun
-Penternakan nomad dijalankan
-Kegiatan pertanian adalah terhad
-Penduduk hidup berpindah-randah untuk nencari sumber air
-Hujan tahunan kurang daripada 250mm
-Julat suhu harian sangat tinggi, iaitu antara 22°C hingga 32°C
 
~Suhu di Gurun Thar tinggi kerana faktor:
(a) Kekurangan hujan
(b) Kadar kelembapan udara rendah
(c) Kekurangan litupan awan
(d) Kurang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan

(a) Kekurangan hujan
~Hujan tahunannya adalah rendah, iaitu antara 0 hingga 250mm kerana terletak di kawasan lindung angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Angin monsun tersebut membawa hujan yang sedikit ke Gurun Thar.

(b) Kadar kelembapan rendah
~Hujan tahunan yang rendah menyebabkan proses sejatan kurang berlaku. Oleh itu, kelembapan udaranya adalah rendah.

(c) Kekurangan litupan awan
~Cuaca pada waktu siang panas kerana kekurangan litupan awan membolehkan pancaran matahari terik terus ke permukaan bumi.
~Cuaca pada waktu malam pula sejuk kerana haba dibalikkan semula ke ruang angkasa.
~Julat suhu harian yang dialami di Gurun Thar sangat tinggi, iaitu antara 22°C hingga 32°C. Keadaan ini juga disebabkan langitnya yang tidak berawan.

 
(d) Kurang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan
~Kebanyakan kawasan ditumbuhi oleh pokok kaktus yang berbatang lendair, rumput kasar yang berakar panjang untuk serap air jauh di bawah, pokok akasia bantut, palma dan tumbuhan renek yang jarang.
 
~Semasa musim sejuk(Disember hingga Februari), kawasan Gurun Thar mengalami min suhu 8°C hingga 28°C. Manakala semasa musim panas (Mei dan Jun), min suhunya mencapai sehingga 50°C.

Bulan

J

F

M

A

M

J

J

O

S

O

N

D

Suhu(°C)

14

17

24

30

33

37

35

33

32

26

20

15

Hujan(mm)

7

7

7

5

3

5

25

28

7

0

3

3

Jadual 1.1  Min suhu dan hujan bulanan di Jacobabad, Gurun Thar.

~Fros(ibun) berlaku pada bulan Januari(musim sejuk).
~Ribut pasir atau andhi berlaku pada bulan Mei dan Jun.

suhu waktu siang malam.jpg

Rajah 1.3 Keadaan suhu di gurun panas pada waktu siang dan malam

Posted at 3:06 pm | Comment (0)

10th July, 2009

Gambar dan peta Gurun Thar

thar-431×300.jpg
Rajah 1.1 Gurun Thar

gurun_thar1.jpg
Rajah1.2 Gurun Thar

kawasangurunthar.JPG
Peta 1.2 Peta Gurun Thar

Posted at 11:33 pm | Comment (0)

10th July, 2009

Pengenalan kepada Gurun Thar

989376v88h9if494.gif


Gurun Thar
~Dikenali sebagai ‘The Great India Desert’.

~Merupakan gurun yang terkecil di dunia.

~Terletak di barat laut India dan timur Pakistan.

~Keluasannya 455 000 km persegi.

~Gurun Thar mengalami iklim gurun panas yang panas dan kering seperti gurun-gurun lain yang panas di dunia sepanjang tahun.

~Purata suhu tahunan di Gurun Thar sangat tinggi, iaitu 33°C, manakala julat suhu hariannya besar.

989375rhvl9ir0un.gif

Posted at 10:49 pm | Comment (0)

9th July, 2009

Kepelbagaian iklim dunia

kawasaniklim1.JPG

Peta 1.1 Taburan kawasan iklim terpilih di luar Malaysia

Apa itu zon panas? 

~Iklim dunia dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon panas, zon sederhana dan zon sejuk.

~ Zon panas dikenali sebagai zon tropika. Zon panas merangkumi kawasan-kawasan 30°U hingga 30°S yang mengalami iklim yang panas sepanjang tahun. 

~Hal ini demikian kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Khatulistiwa membolehkannya menerima pancaran matahari sepanjang tahun.

Jenis-jenis iklim yang terdapat di zon panas:

(a) Khatulistiwa

(b) Monsun tropika

(c) Savana

(d) Gurun

727906wrmyfe6o17.gif

Posted at 12:20 am | Comment (1)