11th July, 2009

Ciri-ciri Gurun Thar

Gurun Thar (Iklim Gurun Panas)

824595vgem2zpoof.gif

-Iklim panas dan kering sepanjang tahun
-Penternakan nomad dijalankan
-Kegiatan pertanian adalah terhad
-Penduduk hidup berpindah-randah untuk nencari sumber air
-Hujan tahunan kurang daripada 250mm
-Julat suhu harian sangat tinggi, iaitu antara 22°C hingga 32°C
 
~Suhu di Gurun Thar tinggi kerana faktor:
(a) Kekurangan hujan
(b) Kadar kelembapan udara rendah
(c) Kekurangan litupan awan
(d) Kurang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan

(a) Kekurangan hujan
~Hujan tahunannya adalah rendah, iaitu antara 0 hingga 250mm kerana terletak di kawasan lindung angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Angin monsun tersebut membawa hujan yang sedikit ke Gurun Thar.

(b) Kadar kelembapan rendah
~Hujan tahunan yang rendah menyebabkan proses sejatan kurang berlaku. Oleh itu, kelembapan udaranya adalah rendah.

(c) Kekurangan litupan awan
~Cuaca pada waktu siang panas kerana kekurangan litupan awan membolehkan pancaran matahari terik terus ke permukaan bumi.
~Cuaca pada waktu malam pula sejuk kerana haba dibalikkan semula ke ruang angkasa.
~Julat suhu harian yang dialami di Gurun Thar sangat tinggi, iaitu antara 22°C hingga 32°C. Keadaan ini juga disebabkan langitnya yang tidak berawan.

 
(d) Kurang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan
~Kebanyakan kawasan ditumbuhi oleh pokok kaktus yang berbatang lendair, rumput kasar yang berakar panjang untuk serap air jauh di bawah, pokok akasia bantut, palma dan tumbuhan renek yang jarang.
 
~Semasa musim sejuk(Disember hingga Februari), kawasan Gurun Thar mengalami min suhu 8°C hingga 28°C. Manakala semasa musim panas (Mei dan Jun), min suhunya mencapai sehingga 50°C.

Bulan

J

F

M

A

M

J

J

O

S

O

N

D

Suhu(°C)

14

17

24

30

33

37

35

33

32

26

20

15

Hujan(mm)

7

7

7

5

3

5

25

28

7

0

3

3

Jadual 1.1  Min suhu dan hujan bulanan di Jacobabad, Gurun Thar.

~Fros(ibun) berlaku pada bulan Januari(musim sejuk).
~Ribut pasir atau andhi berlaku pada bulan Mei dan Jun.

suhu waktu siang malam.jpg

Rajah 1.3 Keadaan suhu di gurun panas pada waktu siang dan malam

Posted at 3:06 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.