21st July, 2009

Pengaruh Monsun Terhadap Cara Hidup Penduduk Gurun Thar

Musim

Tempoh

Ciri-ciri utama

Sebelum musim monsun

Pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan Jun

 ~Cuaca panas dan kering
 ~Kelembapan udara rendah
 ~Kadar sejatan tinggi
 ~Pertanian kurang atau tidak  dilakukan
 ~Penduduk membuat persediaan sebelum  kedatangan monsun seperti menggali perigi, kolam dan memperbaiki rumah

 Semasa musim monsun

Pertengahan bulan Jun hingga bulan September

 ~Hujan mula turun
 ~Tumbuhan hijau dan bunga-bungaan mula tumbuh
 ~Pertani memulakan kerja-kerja menyemai benih dan bercucuk tanam

 Selepas musim monsun

Pertengahan bulan September hingga pertengahan bulan November

 ~Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan tanaman mula bertukar warna menjadi perang kekuningan
 ~Pertani mula mengumpul hasil-hasil pertanian
 ~Makanan ternakan dan bijih bernih dikumpul dan disimpan
 ~Pembiakan kambing dan biri-biri

Jadual1.2 Pengaruh monsun terhadap cara hidup di Gurun Thar

Posted at 10:51 pm | Comment (0)

21st July, 2009

Kegiatan-kegiatan Penduduk Gurun Thar

riding-thar-desert.jpg
Rajah1.6 Penduduk Gurun Thar
 
Penduduk Gurun Thar yang berpindah-randah
 

~Kegiatan utama penduduk nomad:
(a) Menternak binatang
(b) Memburu binatang
 
~Binatang ternakan yang dipelihara ialah kambing, lembu, unta, biri-biri dan keldai. 

~Bintang ternakan menghasilkan daging, kulit, bulu dan susu. Bulu biri-biri digunakan untuk membuat permaidani dan kulit dibuat khemah..

~Orang Nomad masih menjalankan ‘penternakan pindah’ iaitu membawa ternakan mereka berpindah-randah mancari sumber air dan rumput.~Ternakan dijual kepada orang tengah di pekan berhampiran.

~Mereka turut memburu kambing gurun, arnab, dhab dan sebagainya. Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir.

~Kegiatan pertanian terhad kerana iklimnya panas, kekurangan sumber air dan tanih pasir yang tidak subur.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap
 
~Menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
 
~Mereka menaman kapas, sayur-sayuran, gandum dan bijian.

~Pertanian dijalankan di kawasan oasis secara kecil-kecilan seperti menanam kurma, kapas, gandum, sayur-sayuran dan bijian.

~Penduduk makan biji dan buah pokok khejri, kiar, kumat, kachri dan gonad dengan menyediakan hidangan yang dinamakan ‘Pack-Katta’.

~Mereka menggunakan Rumput Munja dan Karis untuk membuat ‘pulpa’.

Posted at 10:20 pm | Comment (0)

12th July, 2009

Ciri-ciri Penduduk Gurun Thar

leaves.gif
~Penduduk jarang di Gurun Thar kerana iklim yang kering dan melampau.
 
~Sesetengah penduduk yang menetap di Gurun Thar ialah orang nomad, manakala yang lain tinggal tetap di kawasan oasis.

~Kebanyakan orang nomad merupakan kaum yang hidup berpindah-randah dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat.

Penduduk Thar yang hidup berpindah-randah

~Mereka tinggal di dalam khemah yang dibuat daripada kulit binatang supaya mudah untuk berpindah-randah, terutamanya jika berlaku ribut pasir.

~Apabila ribut, mereka akan berlindung di sebalik bukit atau batu besar.

~Penduduk nomad turut membina kediaman mudah yang diperbuat daripada jerami dan dahan kayu.

~Unta dan keldai menjadi binatang tunggangan dan pengangkutan utama di padang pasir.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap

~Mereka mendirikan petempatan kekal di Gurun Thar.

~Mereka tinggal berkelompok di kawasan oasis. Kawasan oasis merupakan kawasan yang mempunyai sumber air di gurun.

~Rumah-rumah dibina daripada tanih liat yang tebal bertujuan menyedarhanakan suhu yang melampau. ~Kawasan oasis penting kerana:
(a) Menjadi pusat petempatan penduduk
(b) Membekalkan air minuman untuk penduduk dan ternakan
(c) Sumber air mengairi kawasan tanaman
(d) Kawasan pertanian


~Hujan yang turun sekali-sekala akan ditakung di dalam tangki atau empangan.
~Tangki di bawah tanah dinama ‘Kundis’ atau ‘Kunds’.~Terdapat Terusan Rajastan yang mengairi kawasan barat daya Gurun Thar, manakala Sungai Indus mengairi kawasan selatan Gurun Thar.

unta.jpg
Rajah 1.4 Orang nomad dan unta

thar_desert_house.jpg
Rajah1.5 Tempat tinggal orang nomad yang berada di kawasan oasis

Posted at 2:04 pm | Comment (0)