12th July, 2009

Ciri-ciri Penduduk Gurun Thar

leaves.gif
~Penduduk jarang di Gurun Thar kerana iklim yang kering dan melampau.
 
~Sesetengah penduduk yang menetap di Gurun Thar ialah orang nomad, manakala yang lain tinggal tetap di kawasan oasis.

~Kebanyakan orang nomad merupakan kaum yang hidup berpindah-randah dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat.

Penduduk Thar yang hidup berpindah-randah

~Mereka tinggal di dalam khemah yang dibuat daripada kulit binatang supaya mudah untuk berpindah-randah, terutamanya jika berlaku ribut pasir.

~Apabila ribut, mereka akan berlindung di sebalik bukit atau batu besar.

~Penduduk nomad turut membina kediaman mudah yang diperbuat daripada jerami dan dahan kayu.

~Unta dan keldai menjadi binatang tunggangan dan pengangkutan utama di padang pasir.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap

~Mereka mendirikan petempatan kekal di Gurun Thar.

~Mereka tinggal berkelompok di kawasan oasis. Kawasan oasis merupakan kawasan yang mempunyai sumber air di gurun.

~Rumah-rumah dibina daripada tanih liat yang tebal bertujuan menyedarhanakan suhu yang melampau. ~Kawasan oasis penting kerana:
(a) Menjadi pusat petempatan penduduk
(b) Membekalkan air minuman untuk penduduk dan ternakan
(c) Sumber air mengairi kawasan tanaman
(d) Kawasan pertanian


~Hujan yang turun sekali-sekala akan ditakung di dalam tangki atau empangan.
~Tangki di bawah tanah dinama ‘Kundis’ atau ‘Kunds’.~Terdapat Terusan Rajastan yang mengairi kawasan barat daya Gurun Thar, manakala Sungai Indus mengairi kawasan selatan Gurun Thar.

unta.jpg
Rajah 1.4 Orang nomad dan unta

thar_desert_house.jpg
Rajah1.5 Tempat tinggal orang nomad yang berada di kawasan oasis

Posted at 2:04 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.