21st July, 2009

Kegiatan-kegiatan Penduduk Gurun Thar

riding-thar-desert.jpg
Rajah1.6 Penduduk Gurun Thar
 
Penduduk Gurun Thar yang berpindah-randah
 

~Kegiatan utama penduduk nomad:
(a) Menternak binatang
(b) Memburu binatang
 
~Binatang ternakan yang dipelihara ialah kambing, lembu, unta, biri-biri dan keldai. 

~Bintang ternakan menghasilkan daging, kulit, bulu dan susu. Bulu biri-biri digunakan untuk membuat permaidani dan kulit dibuat khemah..

~Orang Nomad masih menjalankan ‘penternakan pindah’ iaitu membawa ternakan mereka berpindah-randah mancari sumber air dan rumput.~Ternakan dijual kepada orang tengah di pekan berhampiran.

~Mereka turut memburu kambing gurun, arnab, dhab dan sebagainya. Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir.

~Kegiatan pertanian terhad kerana iklimnya panas, kekurangan sumber air dan tanih pasir yang tidak subur.

Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap
 
~Menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
 
~Mereka menaman kapas, sayur-sayuran, gandum dan bijian.

~Pertanian dijalankan di kawasan oasis secara kecil-kecilan seperti menanam kurma, kapas, gandum, sayur-sayuran dan bijian.

~Penduduk makan biji dan buah pokok khejri, kiar, kumat, kachri dan gonad dengan menyediakan hidangan yang dinamakan ‘Pack-Katta’.

~Mereka menggunakan Rumput Munja dan Karis untuk membuat ‘pulpa’.

Posted at 10:20 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.