15th September, 2009
Peta Minda
Posted at 12:30 am | Comment (0)
15th September, 2009
Soalan Ulang Kaji
1. Ribut pasir di gurun dipanggil_____.
A. Monsun
B. Andhi
C. Kunds
D. Oasis
2. Pernyataan yang manakah menerangkan ciri utama di kawasan gurun thar?
A. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.
B. Iklim yang sejuk dan kering sepanjang tahun.
C. Iklim yang sejuk dan lembap sepanjang tahun.
D. Iklim yang panas dan kering sepanjang tahun.
3. Gurun merupakan kawasan yang___.
A. Berhutan tebal
B. Berair
C. Bergunung-gunung
D. Gersang
4. Manakah antara berikut SALAH mengenai tumbuh-tumbuhan di kawasan gurun?
A. Berduri
B. Berakar panjang
C. Berdaun lebat
D. Berkulit tebal
5. Gurun Thar berbeza daripada gurun panas lain dari segi
A. Kepadatan penduduk
B. Hujan yang sedikit
C. Terdapat banyak kaktus dan tumbuh-tumbuhan
D. Iklim yan kering
Jawapan:
1. B
2. D
3. C
4. C
5. A
Posted at 12:28 am | Comment (0)
12th September, 2009
Perbandingan Antara Iklim di Bangladesh dengan Iklim di Malaysia
Iklim di Bangladesh (Iklim Monsun Tropika) |
Iklim di Malaysia (Iklim Khatulistiwa) |
– dingin dan kering (musim sejuk) – panas dan kering (musim panas) |
– panas dan lembap sepanjang tahun |
– julat suhu tahunan besar | – julat suhu tahunan kecil |
– pengedaran hujan bermusim | – berhujan sepanjang tahun |
– hujan tahunan tinggi (1800 mm) | – hujan tahunan tinggi (2600 mm) |
– menjalankan kegiatan pertanian hanya pada musim monsoon hujan (Jun-Oktober) – tidak menanam padi pada musim sejuk kering (November- Februari) |
– dapat menjalankan kegiatan pertanian sepanjang tahun |
– kesejukan dan kepanasan yang hampir melampau menyebabkan penduduk berubah- ubah kegiatan sara hidup mengikut musim Exp: Menjalankan kegiatan pertanian pada Jun- Oktober, menangkap ikan pada November- Februari |
– kebanyakan penduduk hanya menjalankan satu kegiatan exp (pertanian, pembalakan, perikanan) bagi menyara hidup. |
– sering dilandai banjir apabila musim monsoon hujan | – tidak sering berlaku hujan ribut yang melampau |
– lebih banyak berlakunya krisis air pada musim panas | – jarang menempuhi masalah sedemikian |
Posted at 8:46 pm | Comment (0)
12th September, 2009
Iklim Monsun Tropika, Savana/Sudan
-kering dengan keturunan hujan yang rendah:
-dingin dan kering (musim sejuk)
-panas dan kering (musim panas)
-musim hujan dengan hujan lebat sangat
-suhu tahunan yang tinggi (kira-kira 260C)
-pengedaran hujan bermusim
-hujan tahunan tinggi (lebih daripada 1800 mm)
-kelembapan tinggi
Kawasan Beriklim Monsun Tropika dan Iklim Savana/Sudan: Bangladesh,
Myanmar
Bangladesh mempunyai tiga musim-musim berbeza:
-Panas dan kering sebelum monsun musim, dari Mac hingga Mei
-Musim monsun hujan, dari Jun hingga Oktober
-Ketenangan dan musim sejuk kering, dari November hingga Februari.
-Musim-musim bagi Bangladesh mengawal ekonominya, komunikasi-komunikasi, perdagangan dan perdagangan, seni dan budaya dan, sebenarnya,
gaya hidup keseluruhan orang ramai.
-Pengaruh iklim monsun tropika jelas membuktikan, semasa musim hujan dan ketenangan di
Bangladesh, itulah musim sejuk kering.
Ciri-ciri panas dan kering sebelum musim monsun ialah:
– ketinggian suhu
– kejadian hujan ribut.
April biasanya adalah bulan yang paling hangat dalam negara itu. Selepas bulan April, litupan awan bertambah merendahkan suhu. Arah angin berubah dari semasa ke semasa dalam musim ini, terutama semasa bahagian terdahulunya. Hujan yang mengambil tempat semasa kali ini menjelaskan 10 untuk 25 peratus jumlah tahunan. Hujan ini adalah disebabkan oleh hujan ribut.
Ciri-ciri bagi musim monsun hujan ialah:
– kelembapan yang sangat tinggi
– hujan lebat
– Hujan berturut- turut setiap hari
– angina yang bertiup dari selatan ke barat daya.
Musim hujan itu bertepatan dengan monsun musim panas.
Ciri-ciri kedinginan dan musim sejuk yang kering ialah:
– suhu yang rendah
– angin sejuk dari barat atau barat laut
– langit yang cerah
– hujan turun yang rendah.
Suhu purata pada Januari berubah daripada 170C (dalam barat laut dan timur laut negara itu), kepada 200C-210C dalam kawasan pantai itu. Suhu minimum dalam barat laut keterlaluan dalam lewat Disember dan awal Januari. Ia boleh menjadi serendah 30C ke 40C.
-Kemarau berbeza di iklim Savana. Savana mendapat semua hujan mereka dalam bulan-bulan musim panas itu.
-Semasa kemarau berbeza satu savana, kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan itu mengecut dan mati.
-Beberapa sungai dan sungai-sungai menjemur. Kebanyakan daripada binatang-binatang itu berhijrah mencari makanan.
-Dalam musim hujan kesemua tumbuh-tumbuhan itu adalah subur dan sungai-sungai itu mengalir dengan bebas.
-Binatang-binatang itu berpindah kembali untuk merumput. Musim hujan itu bermula pada bulan Mei di kawasan Afrika Barat.
-Savana iklim mempunyai julat suhu 68° untuk 86° F (20° – 30° C). Dalam musim sejuk, ia biasanya adalah kira-kira 68° untuk 78° F (20° – 25° C). Dalam musim panas julat suhu daripada 78° untuk 86° F (25° – 30° C).
Contoh kawasan yang beriklim monsun tropika dan savana
Myanmar terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa. Oleh itu Myanmar menerima iklim monsun tropika dan iklim savana, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai.
Di kawasan delata, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering/ Panas (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun.
Kawasan pesisiran pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C.Pembangunan ekonomi Myanmar amar perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49 % Myanmar masih lagi berhutan tebal. Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati.
Di Zon Kering/ Panas, sayur-sayuran banyak ditanam . Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan. Myanmar juga sama. Pertanian, penanaman dan perikanan merupakan kegiatan utama .
Rajah 1.8 Kegiatan Pertanian Padi di Myanmar
Rajah 1.9 Kegiatan Perikanan di Myanmar
Rajah 1.10 & 1.11Kegiatan pertanian sayur- sayuran di Myanmar
Rajah 1.12 Jambatan di hutan tebal Myanmar
Akibat kehujanan yang lebat, Myanmar juga sering dilanda hujan ribut dan banjir.
Rajah 1.13 & 1.14 Keadaan selepas mengalami hujan ribut dan banjir
Posted at 2:22 pm | Comment (0)
22nd July, 2009
Perbandingan Iklim dan Cara Hidup Penduduk di Gurun Thar dan Malaysia
Iklim di Gurun Thar | Iklim di Malaysia |
Beriklim gurun yang panas dan kering |
Beriklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun |
Jumlah hujan sedikit |
Jumlah purata hujan banyak |
Julat suhu harian besar |
Julat suhu kecil kerana suhu serata sepanjang tahun |
Kekurangan awam menyebabkan siang panas dan malam sejuk |
Kebanyakan awam adalah daripada jenis kumulorinimbus |
Kadar kelembapan udara rendah |
Kadar kelembapan udara melebihi 80% |
Cara hidup penduduk di Gurun Thar | Cara hidup penduduk di Malaysia |
Terdapat penduduk secara nomad dan tetap |
Penduduk tinggal menetap. Hanya sebilangan kecil petani hidup berpindah-randah |
-Penduduk nomad menternak dan memburu binatang -Penduduk yang tinggal tetap di kawasan oasis menjalankan kegitan pertanian dan penternakan |
Penduduk menjalankan pelbagai kegitan ekonomi seperti berniaga, bertani, melombong, membalak dan sebagainya |
Kegiatan pertanian terhad kerana cuaca panas dan kekurangan sumber air |
Pertanian dijalankan secara luas dan moden |
Unta dan keldai menjadi haiwan tunggangan utama |
Menggunakan kenderaan bermotor seperti kereta sebagai pengangkutan |
Tinggal di khemah yang dibuat daripada kulit binatang |
Rumah yang moden dan besar dibina daripada simen, pasir dan kayu |
Posted at 11:59 pm | Comment (0)
22nd July, 2009
Cara hidup Penduduk Malaysia
~Iklim di Malaysia telah mempengaruhi cara hidup penduduk.
~Kegiatan utama penduduk ialah pertanian, perikanan, pembalakan, pelancongan, perkilangan dan perlombongan.
Pertanian
~Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawait, koko, tembakau dan lada hitam.
~Hujan yang banyak dan suhu yang rendah kira-kira 18°C sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.
Rajah 1.7 Penanaman teh di Tanah Tinggi Cameron
Perikanan
~Pada musim angin monsun timur laut, nelayan tidak boleh menangkap ikan di laut. Mereka membaiki jaring dan berada di dalam rumah.
Posted at 11:20 pm | Comment (0)
22nd July, 2009
Ciri-ciri iklim di Malaysia
~Malaysia adalah salah satu buah negara yang terletak di zon panas. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
~Kawasan di dunia yang terletak antara 5o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
~Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
~Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana:
- Malaysia dikelilingi oleh laut.
- Hujan lebat turun sepanjang tahun.
- Banyak awan.
- Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
~Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
~Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
~Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
~Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
~Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
~Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
~Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.
Posted at 10:28 pm | Comment (0)
21st July, 2009
Pengaruh Monsun Terhadap Cara Hidup Penduduk Gurun Thar
Musim |
Tempoh |
Ciri-ciri utama |
Sebelum musim monsun |
Pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan Jun |
~Cuaca panas dan kering |
Semasa musim monsun |
Pertengahan bulan Jun hingga bulan September |
~Hujan mula turun |
Selepas musim monsun |
Pertengahan bulan September hingga pertengahan bulan November |
~Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan tanaman mula bertukar warna menjadi perang kekuningan |
Jadual1.2 Pengaruh monsun terhadap cara hidup di Gurun Thar
Posted at 10:51 pm | Comment (0)
21st July, 2009
Kegiatan-kegiatan Penduduk Gurun Thar
Rajah1.6 Penduduk Gurun Thar
Penduduk Gurun Thar yang berpindah-randah
~Kegiatan utama penduduk nomad:
(a) Menternak binatang
(b) Memburu binatang
~Binatang ternakan yang dipelihara ialah kambing, lembu, unta, biri-biri dan keldai.
~Bintang ternakan menghasilkan daging, kulit, bulu dan susu. Bulu biri-biri digunakan untuk membuat permaidani dan kulit dibuat khemah..
~Orang Nomad masih menjalankan ‘penternakan pindah’ iaitu membawa ternakan mereka berpindah-randah mancari sumber air dan rumput.~Ternakan dijual kepada orang tengah di pekan berhampiran.
~Mereka turut memburu kambing gurun, arnab, dhab dan sebagainya. Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir.
~Kegiatan pertanian terhad kerana iklimnya panas, kekurangan sumber air dan tanih pasir yang tidak subur.
Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap
~Menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
~Mereka menaman kapas, sayur-sayuran, gandum dan bijian.
~Pertanian dijalankan di kawasan oasis secara kecil-kecilan seperti menanam kurma, kapas, gandum, sayur-sayuran dan bijian.
~Penduduk makan biji dan buah pokok khejri, kiar, kumat, kachri dan gonad dengan menyediakan hidangan yang dinamakan ‘Pack-Katta’.
~Mereka menggunakan Rumput Munja dan Karis untuk membuat ‘pulpa’.
Posted at 10:20 pm | Comment (0)
12th July, 2009
Ciri-ciri Penduduk Gurun Thar
~Penduduk jarang di Gurun Thar kerana iklim yang kering dan melampau.
~Sesetengah penduduk yang menetap di Gurun Thar ialah orang nomad, manakala yang lain tinggal tetap di kawasan oasis.
~Kebanyakan orang nomad merupakan kaum yang hidup berpindah-randah dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat.
Penduduk Thar yang hidup berpindah-randah
~Mereka tinggal di dalam khemah yang dibuat daripada kulit binatang supaya mudah untuk berpindah-randah, terutamanya jika berlaku ribut pasir.
~Apabila ribut, mereka akan berlindung di sebalik bukit atau batu besar.
~Penduduk nomad turut membina kediaman mudah yang diperbuat daripada jerami dan dahan kayu.
~Unta dan keldai menjadi binatang tunggangan dan pengangkutan utama di padang pasir.
Penduduk Gurun Thar yang tinggal tetap
~Mereka mendirikan petempatan kekal di Gurun Thar.
~Mereka tinggal berkelompok di kawasan oasis. Kawasan oasis merupakan kawasan yang mempunyai sumber air di gurun.
~Rumah-rumah dibina daripada tanih liat yang tebal bertujuan menyedarhanakan suhu yang melampau. ~Kawasan oasis penting kerana:
(a) Menjadi pusat petempatan penduduk
(b) Membekalkan air minuman untuk penduduk dan ternakan
(c) Sumber air mengairi kawasan tanaman
(d) Kawasan pertanian
~Hujan yang turun sekali-sekala akan ditakung di dalam tangki atau empangan.~Tangki di bawah tanah dinama ‘Kundis’ atau ‘Kunds’.~Terdapat Terusan Rajastan yang mengairi kawasan barat daya Gurun Thar, manakala Sungai Indus mengairi kawasan selatan Gurun Thar.
Rajah 1.4 Orang nomad dan unta
Rajah1.5 Tempat tinggal orang nomad yang berada di kawasan oasis
Posted at 2:04 pm | Comment (0)